WIRA CALTEX adalah peraduan suku tahunan untuk semua krew stesen berdaftar, sepenuh masa dan separuh masa, untuk memenangi baucar hadiah dan sijil pemenang yang menarik.
Peraduan suku tahunan ini dianjurkan oleh Chevron Malaysia Limited untuk membantu krew barisan hadapan dilengkapi dengan promosi terkini dan maklumat operasi stesen yang penting.
Krew akan diberi ganjaran dan pengiktirafan untuk memajukan prestasi mereka di stesen.
Krew berpeluang menjadi pemenang berturut-turut jika mereka cekap dan rajin untuk mengambil bahagian secara konsisten dalam Kempen WIRA CALTEX.
Semua krew yang layak boleh merujuk kepada artikel Retail Buzz di https://bm.retailbuzz.com.my/news/read/proses-pendaftaran-untuk-wira-caltex untuk memahami cara mendaftar untuk WIRA CALTEX.
Semua krew baru stesen (sepenuh masa dan sambilan) layak untuk mendaftar dan menyertai Kempen WIRA CALTEX selepas pengesahan status oleh Rakan Niaga atau Pengurus Stesen.
Ianya sangat mudah dengan 3 langkah ini.
Klik HANTAR untuk dapatkan pengesahan bahawa jawapan anda telah diserahkan.
Nota:
* - Jika anda tidak berdaftar, anda akan diminta untuk mendaftar dengan nombor WhatsApp.
** - Soalan baru muncul setiap hari dari Isnin hingga Jumaat dan sah dari 12:00 pagi (00:00)
hingga 11:59 malam (23:59). Tiada soalan pada hari Sabtu dan Ahad.
Setiap soalan akan mempunyai beberapa pilihan jawapan untuk anda pilih. Ianya MUDAH dan berkaitan dengan pekerjaan anda di stesen dan dari promosi yang dijalankan oleh Chevron Malaysia Limited dan rakan kongsinya di stesen-stesen seluruh negara.
Sebagai contoh, berapakah pulangan tunai untuk promo semasa CNY Shopee Pay Cashback?
(A) RM1 (B) RM100 (C) RM8
Anda boleh mendapati jawapan dari laman web Retail Buzz (www.retailbuzz.com.my), laman web rasmi Caltex (www.caltex.com.my) dan halaman media sosial Caltex Malaysia, bahan latihan / senarai semak anda, atau dari mana-mana poster promosi terkini. Anda juga boleh bercakap dengan Rakan Niaga / Pengurus Stesen anda untuk bimbingan.
Tidak, setiap peserta hanya boleh menjawab soalan dan menghantar SEKALI setiap hari. ID anda dikaitkan kepada nombor telefon anda. Jika anda tidak pasti dengan jawapan anda, carikan jawapan sebelum pulang ke laman web untuk menghantar jawapan anda.
Tidak, notifikasi tidak akan dihantar melalui WhatsApp apabila soalan baru diterbitkan. Peserta hanya perlu pergi ke laman web Retail Buzz sebelum 11.59 setiap malam dari hari Isnin hingga Jumaat, mulai 1 April 2022 untuk melihat soalan dan jawapan.
Sediakan satu rutin. Sebagai contoh, setiap pagi sebelum anda minum kopi, pergi ke Retail Buzz dan jawab soalan.
Jika anda tidak fasih dengan Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia, kami mencadangkan anda menyalin teks dari laman web WIRA CALTEX dan menerjemahkannya menggunakan mana-mana aplikasi terjemahan atau laman web.
Contoh laman web terjemahan adalah:- https://translate.google.com.my dan https://www.bing.com/translator.
Ia juga peluang yang baik untuk anda meningkatkan pemahaman Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia anda.
Tidak, anda tidak dibenarkan berkongsi jawapan dengan rakan anda. Sesiapa yang ditangkap menipu atau berkongsi jawapan akan hilang kelayakan serta-merta untuk Kempen WIRA CALTEX suku tersebut.
Tidak, setiap peserta tidak boleh menghantarkan jawapan untuk orang lain. Peserta yang sedang bercuti boleh terus ke laman web Retail Buzz (www.retailbuzz.com.my) dan klik pada banner WIRA CALTEX di halaman utama. Ia akan mengarahkan dia kepada soalan hari tersebut. Sesiapa yang ditangkap menghantarkan jawapan bagi pihak orang lain akan melihat kedua-dua pihak hilang kelayakan serta-merta untuk Kempen WIRA CALTEX suku tersebut.
Setiap suku tahun hanya akan menyaksikan maksimum sepuluh (10) pemenang seperti yang ditetapkan dalam Klausa 3.6 Terma & Syarat Kempen. Pemenang akan menerima seperti berikut:-
Ya, anda boleh menjadi pemenang untuk Kempen WIRA CALTEX setiap suku tahun. Tiada had dalam berapa kali anda boleh menang.